Wednesday 9 September 2015

Diri dibiar dalam tangisan.

Dalam keseorangan melihat awan dan langit kebiruan, memikirkan tentang kamu. Apa yang sedang kamu buat? Adakah kau sudah makan? Semua aku fikirkan. Tapi, adakah kau juga memikirkan tentang aku? Hm, x pelah itu hal dia. Antara dia nak ingat aku ataupun tidak.

Setiap kali aku berjumpa dengannya, pasti sesuatu yang akan berlaku. Gaduh? Marah²? Tengking? Itu semua dah biasa bagi aku. Aku cuba untuk bermesra dengan dia, aku cuba untuk bermanja dengan dia aku cuba untuk buat dia senyum tapi tak pernah dapat pun. 

Waktu malam, aku hanya mampu sedih dalam tangisan, menangis dan terus menangis. Aku cuba call tak dapat. Aku mesej dia pun tak direply. Aku hanya mampu menunggu sahaja. Aku pernah terfikir adakah cinta aku dengan dia hanya sia² sahaja? Itu aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku sedang cuba untuk pertahankan cinta ini. 

Sudah 3 tahun, aku dengan dia. Aku dengan dia stay macam dulu. Gaduh? Masih macam dulu. Kenapa aku boleh bertahan dengan dia? Sebab aku sayang dia. Walaupun kadang² dalam 3 tahun itu aku ditinggalkan oleh dia sebab dia sibuk. Aku tidak kisah. Aku tetap berharap dia jodoh aku.

Tapi suatu hari, aku cuba untuk ajak dia keluar tapi biasalah dengan alasan dia tak pernah berubah. Sibuklah, bos ad mesyuaratlah. Itu jelah alasan dia. Aku pun dah biasa dan aku tidak kisah. Tapi apa yang aku nampak sekarang mungkin akan buat hidup aku kucar-kacir, tak tentu arah dan terkejut. 

Dia kata dia sibuk, ada mesyuarat tapi untuk keluar pergi jumpa kawan² "Wah senanganyaaa" tak ada alasan pulak. Tapi yang buat aku terkejut, bukannya kawan lelaki tetapi kawan perempuan. Aku pergi dekat dia, bertanya siapa perempuan ni. Dengan senang dan tenang dia cakap perempuan itu adalah awek dia. Gugur jantung aku. Aku tertanya-tanya , aku siapa bagi dia selama 3 tahun ini? Aku..... terkaku.

Aku tanya dia. Bukankah aku awek kau? Bukankah kau kata kau akan selalu dengan aku? Setia dengan aku? Aku bertanya sambil menangis. Dia jawab. 
Maaf. 
Kau bukan awek aku dan aku dah lama tinggalkan kau dan aku tak kenal kau. Aku rebah, aku terduduk. Adakah ini cinta yang aku harapkan selama 3 tahun? Adakah ini perasaan yang aku impikan selama 3 tahun? Tidak,... tidak... aku terus meninggalkan mereka. 

Di rumah, aku menangis, dan terus menangis. Dalam tangisan aku, aku cuba untuk tinggalkan dia, lupakan dia tapi boleh ke??? Tak boleh, tapi aku akan buat. Sekarang aku sendiri , hanya berteman dengan tangisan dalam kesedihan. Aku berfikir adakah aku boleh dapat cinta yang aku inginkan? 
Hmm sudahlah.
Aku hanya mampu terus menunggu. 



Story by Admin SH.