Monday 7 September 2015

Terima.

Detik demi detik,
Masa berjalan tanpa henti,
Biarkan semua berjalan tanpa penyelesaian,
Akal hanya berfikiran bahawa "lari" akan menyelesaikan semua masalah. Tapi semua tu hanya illusi akal yang belum matang.

Sekarang hanya tinggal diri yang masih terpingga-pingga,
Adakah jalan menyendiri ini akan membantu aku?
Biarkan diri kosong,
cuma tinggalkan ruang kosong di kawasan hati.

Hahaha,
Dimanakah dirimu sahabat?
Aku hanya memerhati.
Tidak seorang darimu bertindak seperti selalu.
Malah menolakku lagi jauh.
Hina sangat ke aku?
Hina sangat ke kesalahan aku yang telah lakukan?

Baiklah,
Aku terima.
Terima segala kesalahan yang paling hina di mata dirimu sahabat.
Aku mungkin jatuh,
Jatuh yang tiada harapan untuk bangkit kembali.

Tapi aku percaya,
Sekarang kau buang aku, dan anggap aku hanyalah plastic sampah.
Esok pasti ada yang akan jumpa aku seperti telah menjumpai permata.
In shaa Allah.


No comments:

Post a Comment