Wednesday 9 September 2015

Diri dibiar dalam tangisan.

Dalam keseorangan melihat awan dan langit kebiruan, memikirkan tentang kamu. Apa yang sedang kamu buat? Adakah kau sudah makan? Semua aku fikirkan. Tapi, adakah kau juga memikirkan tentang aku? Hm, x pelah itu hal dia. Antara dia nak ingat aku ataupun tidak.

Setiap kali aku berjumpa dengannya, pasti sesuatu yang akan berlaku. Gaduh? Marah²? Tengking? Itu semua dah biasa bagi aku. Aku cuba untuk bermesra dengan dia, aku cuba untuk bermanja dengan dia aku cuba untuk buat dia senyum tapi tak pernah dapat pun. 

Waktu malam, aku hanya mampu sedih dalam tangisan, menangis dan terus menangis. Aku cuba call tak dapat. Aku mesej dia pun tak direply. Aku hanya mampu menunggu sahaja. Aku pernah terfikir adakah cinta aku dengan dia hanya sia² sahaja? Itu aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku sedang cuba untuk pertahankan cinta ini. 

Sudah 3 tahun, aku dengan dia. Aku dengan dia stay macam dulu. Gaduh? Masih macam dulu. Kenapa aku boleh bertahan dengan dia? Sebab aku sayang dia. Walaupun kadang² dalam 3 tahun itu aku ditinggalkan oleh dia sebab dia sibuk. Aku tidak kisah. Aku tetap berharap dia jodoh aku.

Tapi suatu hari, aku cuba untuk ajak dia keluar tapi biasalah dengan alasan dia tak pernah berubah. Sibuklah, bos ad mesyuaratlah. Itu jelah alasan dia. Aku pun dah biasa dan aku tidak kisah. Tapi apa yang aku nampak sekarang mungkin akan buat hidup aku kucar-kacir, tak tentu arah dan terkejut. 

Dia kata dia sibuk, ada mesyuarat tapi untuk keluar pergi jumpa kawan² "Wah senanganyaaa" tak ada alasan pulak. Tapi yang buat aku terkejut, bukannya kawan lelaki tetapi kawan perempuan. Aku pergi dekat dia, bertanya siapa perempuan ni. Dengan senang dan tenang dia cakap perempuan itu adalah awek dia. Gugur jantung aku. Aku tertanya-tanya , aku siapa bagi dia selama 3 tahun ini? Aku..... terkaku.

Aku tanya dia. Bukankah aku awek kau? Bukankah kau kata kau akan selalu dengan aku? Setia dengan aku? Aku bertanya sambil menangis. Dia jawab. 
Maaf. 
Kau bukan awek aku dan aku dah lama tinggalkan kau dan aku tak kenal kau. Aku rebah, aku terduduk. Adakah ini cinta yang aku harapkan selama 3 tahun? Adakah ini perasaan yang aku impikan selama 3 tahun? Tidak,... tidak... aku terus meninggalkan mereka. 

Di rumah, aku menangis, dan terus menangis. Dalam tangisan aku, aku cuba untuk tinggalkan dia, lupakan dia tapi boleh ke??? Tak boleh, tapi aku akan buat. Sekarang aku sendiri , hanya berteman dengan tangisan dalam kesedihan. Aku berfikir adakah aku boleh dapat cinta yang aku inginkan? 
Hmm sudahlah.
Aku hanya mampu terus menunggu. 



Story by Admin SH. 

Monday 7 September 2015

Terima.

Detik demi detik,
Masa berjalan tanpa henti,
Biarkan semua berjalan tanpa penyelesaian,
Akal hanya berfikiran bahawa "lari" akan menyelesaikan semua masalah. Tapi semua tu hanya illusi akal yang belum matang.

Sekarang hanya tinggal diri yang masih terpingga-pingga,
Adakah jalan menyendiri ini akan membantu aku?
Biarkan diri kosong,
cuma tinggalkan ruang kosong di kawasan hati.

Hahaha,
Dimanakah dirimu sahabat?
Aku hanya memerhati.
Tidak seorang darimu bertindak seperti selalu.
Malah menolakku lagi jauh.
Hina sangat ke aku?
Hina sangat ke kesalahan aku yang telah lakukan?

Baiklah,
Aku terima.
Terima segala kesalahan yang paling hina di mata dirimu sahabat.
Aku mungkin jatuh,
Jatuh yang tiada harapan untuk bangkit kembali.

Tapi aku percaya,
Sekarang kau buang aku, dan anggap aku hanyalah plastic sampah.
Esok pasti ada yang akan jumpa aku seperti telah menjumpai permata.
In shaa Allah.


Wednesday 29 July 2015

Kata Hati😊

Jika kamu masih bisa menjagaku,
Jagalah aku dengan sebaiknya.

Jika kamu masih bisa setia padaku,
Setialah padaku sehingga hujung nyawamu.

Jika kamu "Masih" bisa merinduiku,
Teruskan rindu aku, Jangan lupakanku.

Jika kamu masih bisa memahamiku,
Fahamilah aku dan jaga hatiku.

Jika kamu masih bisa mencintaiku,
Cintailah aku dengan sepenuh hatimu.

Jika kamu masih bisa menungguku,
Tunggulah aku walau sejuta tahun.

Tapi jika kamu sudah tak bisa berbuat begitu.Tinggalkanlah aku, Lepaskanlah aku, Biarkan aku pergi.

Tanpa rasa tersiksa, Derita dalam hati..

Ucapan serta kata-kata tak selalunya indah.Membiarkan hati selalu menunggu kata-kata yang mungkin tak lagi wujud dalam setiap perkataan dari mu.

Mak aih, Jiwang gile hahaha..
Assalamualaikum, hi, Okey2, jujur tu bukan aku punya ayat..Klau aku buat mungkin aku dh gile or meroyan psal Drama korea..hahahhaa...Dah lame x on blog.Rase2 nyer mcm 3 or 4 tahun jgak la..Lamakan..Haih biase la org busy..
Eyy, ingat org cam ni x busy ke? Dengan masalah negara la, masalah kucing la, masalah buku lgi..Busy tau!!..Biase la manusia mane lari dri masalah ye dok?..

Haa, ni nak cite ni..(29 July 2015)
saje je nk tulis tarikh tu, takut2 lupa..hehe..Back to topic..
Pagi tadi ad penilaian koko, So agak kelang-kabut skit keadaan kt skola..Biase la name pon skolakan..Lepas habis tanda buku koko tu, kitorg ad klas katering so tros duduk sane sampai hbis rehat. Bile masing2 dh duduk bwh A.C memang layu la semua..Dgn sejuknya, dgn flying moodnya lgi..hahaha..

Mase diorg tido tu..Kapten tetibe ajak lepak blakang.Kate nyer nak tengok budak2 blatih kawad, So aku pon temankan la die kat blakang..Tgh sedap2 borak tetibe kapten tanye.."Kau ngan "Dia" dh mcm mne" ..
aku just mampu diam then senyum..Hanya cerita yang mne mampu je..Bukan bermaksud aku x nk cite.Nak! Tp takut ap yg aku cite tu nanti jdi diorg salah faham..

Pastu kapten ckp"Aku tgk "Die" mcm dah malas nk layan kau dh, kesian aku tgk kau" Bile aku dgr kapten ckp cam tu.. Tetibe aku terpk.. Aku ad buat slah ke ngan "Dia",aku ad buat pape yg "Dia" terasa ke, Semua negative thinking yg ad dlm otak ni, semua keluar..hm..Tp x bole nk salahkan "Dia" dalam semua perkara. Aku ingat lgi diorg ckp.."Weh, klau aku jdi kau! Dh lame aku tinggalkan die, Gentle talk doe..Kau bole bersabar dgn perangai die yg mcm tu?" Sampai cam tu skali..hm..

Aku tau diorg ckp mcm tu sbb Diorg slalu sangat tgk aku kecewa..Aku x nk tunjuk langsung klau aku ad masalah..tp Benda masalah tu ad kat depan mata..Wow..Sape x meletup..Niat dalam hati rase nak pancung org! Disbbkan hritu aku Buang "Ego" aku kelaut dan dihanyutkan ke unknown land..Aku still sabar.. Buat mcm nothing happens.. :')..Buat drama happy skit n Im okey..hahahaha..Senangkan.

Sakit?
Rase die mcm org lepas belah dada kau then jahit blik dgn jarum hidup2..

Sedih?
Sedih sampai air mata dh x mampu nak nangis lgi dh..

Biase la tu, Name pon dunia..
klau semua bende dalam Dunia ni indah, mesti x de spe nk idamkan syurga..Betol x?

Sampai sini je la dlu..Klau ad pape berita in shaa Allah kita bersambung lgi..Assalamualaikum😆😆